Sabah Catat Antara Terendah Kes Harian Covid-19

 

KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 di Sabah hari ini merupakan antara yang terendah sejak beberapa bulan.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes terbaru ialah 405, iaitu 164 lebih rendah daripada catatan pada Sabtu.

“Kecuali daerah Kota Kinabalu yang mendaftar 52 kes baharu, jumlah kes harian disemua daerah di Sabah adalah di bawah paras angka 50.

“Sebanyak 11 daerah mencatat kes baharu kurang daripada 10 kes termasuk tiga daerah (Kunak, Tongod dan Kalabakan) yang tidak ada kes jangkitan baharu,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Masidi berkata terdapat satu kluster baharu dikesan di Kg Karanaan, Ranau hari ini.

“Kes indeks kluster komuniti Kg Karanaan ialah seorang kakitangan awam JKR Ranau.

“Penularan virus yang telah menjangkiti 52 orang penduduk kampung setakat ini dipercayai berpunca daripada perkumpulan orang ramai dalam upacara majlis perkahwinan dan dua upacara potong jambul yang turut dihadiri saudara mara dari luar daerah,” katanya.

Beliau berkata kluster baharu di Kg Karanaan, Ranau itu merupakan satu peringatan penting “betapa perlunya semua kita mematuhi SOP sepanjang masa”.

“Ini lebih-lebih lagi Sabah akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara mulai esok (8/11/21) dan pelbagai sekatan keatas majlis-mahlis sosial dan aktiviti-aktiviti ekonomi akan dilonggarkan.

“Kesannya ialah risiko jangkitan virus di tempat-tempat awam dan acara-acara sosial akan semakin tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Masidi menyeru rakyat
agar tidak lalai mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa.

“Kelonggaran ini meletakkan tanggungjawab “frontliners” keatas bahu rakyat sendiri untuk mengekang penularan virus Covid,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles