Pengusaha Kecantikan Digesa Amal SOP – Amisah

 

KOTA KINABALU: Pengusaha kecantikan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu digesa mengamalkan prosedur standard operasi (SOP) ketat bagi menyakinkan pelanggan tentang langkah keselamatan yang diambil.

Advertisements

Adun dilantik Datuk Amisah Yassin menyeru pengusaha pusat kecantikan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dengan memakai penutup muka plastik, pelitup muka, sarung tangan dan apron plastik.

“Mereka (pengusaha) perlu mematuhi sepenuhnya prosedur yang digariskan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga selain memberi keyakinan kepada pelanggan.

Katanya, pelanggan yang hadir juga turut melihat dan bertanya apakah langkah keselamatan yang diambil sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan kami

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Kecantikan WIN BEAUTY CENTRE di Asia City pada Sabtu.

Amisah juga meminta pusat tersebut supaya memastikan premis perniagaan masing-masing dilengkapi Kod QR, termometer serta pensanitasi tangan

Pusat tersebut merupakan milik usahawan wanita Winnih Kimin, seorang usahawan dan kontraktor berasal dari Ranau.

Beliau memulakan lagi satu produk perniagaan yang ada kaitan bidang kecantikan di tengah tengah Bandaraya Kota Kinabalu.

Acara pelancaran rasminya disempurnakan bersama Datuk Amisah Yassin dan hadir sama Founder dan Presiden Penta Harvest International Lim Ed Win dan disaksi bersama oleh Gary Goh dan Chris Soh, Co-Founder dan Vice President Penta Harvest International.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles