Sentuhan Tamu Tamparuli Mula Terserlah

 

TUARAN: Selepas lebih tiga bulan ditutup ekoran pandemik Covid-19, Tamu Tamparuli kembali dibuka kepada orang awam secara berperingkat-peringkat.

Advertisements

Pembukaan Tamu Tamparuli diyakini dapat merintis jalan ke arah pemulihan aktiviti ekonomi berasaskan hasil pertanian.

Gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang melanda sejak awal tahun ini menyaksikan begitu ramai rakyat terutama golongan petani dan penjaja yang terkesan.

Menyedari keadaan ini, kerajaan memutuskan untuk membenarkan semula pembukaan pasar mingguan atau tamu bagi membantu menyuburkan aktiviti ekonomi.

Tinjauan Jesselton Times di Tamu Hari Tiga itu menunjukkan kehadiran pengunjung masih pada tahap “sederhana” kerana orang ramai dikatakan tetap mengambil pendekatan “berwaspada” mendepani ancaman Covid-19.

“Kita bersyukur Tamu Tamparuli akhirnya dibuka semula meskipun belum dibuka sepenuhnya.
“Orang-orang kita yang menjual hasil pertanian kini boleh menarik nafas lega…mereka bolehlah dapat pendapatan “sikit-sikit” untuk menyara keluarga daripada tiada pendapatan langsung,” kata Bekas Ketua Kampung Mantob, Midin Lobintang.

Beliau berharap Tamu Tamparuli akan kembali menjadi tumpuan pengunjung atau pelancong pada masa akan datang.

Pekan Tamparuli wujud sejak lebih empat dekad yang lepas.

Awal kewujudannya, ia dikenali sebagai Bantoi yang bermaksud jambatan dan juga merujuk kepada sebuah kampung kecil di kawasan itu yang didiami majoriti suku kaum dusun.

Susulan pertumbuhan penduduk, kampung itu telah berkembang menjadi sebuah pekan.

Era ini, tamu berkenaan amat popular menerusi lagu jambatan tamparuli yang dinyanyikan oleh Justin Lusah pada tahun 1977 dan diabadikan sebagai mercu tanda kepada Pekan Tamparuli.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles