KOTA KINABALU: Setiausaha Agung STAR Sabah, Senator Datuk Guandee Kohoi yang disahkan positif Covid-19 Ahad lepas meninggal dunia di Kuala Lumpur.
Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang berada di ibu negara bagi menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional itu mengadu sakit dada awal pagi hari ini.
Beliau dimasukkan ke Hospital pada kira-kira pukul 5 pagi dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.45 petang.
Guandee yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan Perdana Menteri tidak dilantik semula ke jawatan itu oleh pengganti Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Sumber — The Star