Adun Kuala Penyu Santuni Rakyat

 

KOTA KINABALU: Pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu menyaksikan begitu ramai
rakyat terutama golongan wanita berstatus e-kasih yang terkesan.

Advertisements

Menyedari hakikat itu, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury bersetuju secara prinsipnya untuk mengadakan kolaborasi dengan KWSP Sabah bagi menjayakan program membantu golongan Wanita berstatus e-kasih mencarum dalam program yang dikenali sebagai i-Suri KWSP khususnya di Kuala Penyu.

Limus yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu berkata ini sejajar dengan visi dan misi untuk membantu warga Kuala Penyu.

“Saya dan KWSP akan menjayakan program membantu golongan Wanita berstatus e-kasih mencarum dalam program yang dikenali sebagai i-Suri KWSP.

“Dalam program ini, saya akan membantu golongan sasar dari segi modal pemula bagi membolehkan mereka mendapat pelbagai insentif yang telah disediakan Pihak kerajaan melalui KWSP,” katanya.

Limus berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Seksyen Caruman dan Kewangan KWSP Sabah Encik Peter @ Awang Damit Mahmud di pejabatnya di Sembulan pada Selasa.

Menurut rekod di KWSP Sabah, terdapat kira-kira 946 peserta di sekitar Daerah Kuala Penyu dan Menumbok yang bakal mendapat manfaat jangka panjang program tersebut.

“Mudah-mudahan program yang sangat baik ini segera dapat dilaksanakan. Saya telah meminta pihak KWSP agar dapat menyegerakan perlaksanaannya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles