Dompok Antara Wakil PH Dalam Majlis Pemulihan Negara

KOTA KINABALU: Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok. merupakan antara empat wakil Pakatan Harapan (PH) yang secara rasmi menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada Jumaat.

Advertisements

Penyertaan mereka dalam MPN memenuhi salah satu perkara dalam Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan gabungan pembangkang.

Tiga lagi wakil PH ialah Ahli Parlimen Subang Wong Chen dari PKR, Ahli Parlimen Stamping Chong Chieng Jen dari DAP (Sarawak) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dari Amanah.

Pada 26 Ogos lepas, UPKO diumumkan menjadi parti komponen terbaru PH oleh
Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail.

Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian.

Selain itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.

Ia juga bermatlamat mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles