ADUN Sindumin Keluar Warisan

KOTA KINABALU: Teka-teki mengenai ura-ura Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob akan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) akhirnya terjawab apabila
Ketua Penerangan Warisan itu mengumumkan perkara itu secara rasmi hari ini.

Advertisements

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Dewan Teater, Marina, Sutera Harbour, dekat sini.

Berikutan itu, Yusof mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.

Menurut ADUN Sindumin, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu membantu rakyat di kawasannya, sekali gus membantu kestabilan politik di Sabah.

Yusof memenagi kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles