Jordan Tawar Diri Bertanding Ketua Wiramuda Star Sabah

KENINGAU: Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron menzahirkan kesediaan untuk bertanding jawatan Ketua Wiramuda Star Sabah pada pemilihan parti yang akan datang.

Advertisements

Jordan berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk memantapkan lagi kekuatan sayap wiramuda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Sehubungan itu, beliau menggariskan misi dan visi yang bakal dilaksanakan sekiranya terpilih menerajui sayap wiramuda Star Sabah,

Ini termasuk menstrukturkan Semula Sayap Wiramuda dan Mempermudahkan Sistem pendaftaran Ahli, katanya.

“Saya juga bertekad untuk membahagikan Zon bagi mempermudahkan komunikasi.

“Di samping itu, saya berhasrat meneruskan perjuangan asas penubuhan parti,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Jordan turut memperjuangkan kuota untuk ahli wiramuda untuk mengambil bahagian pentadbiran setiap Dun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles