UPE JPM Tidak Pernah Belanja RM2 Bilion Untuk RMK-12

KOTA KiNABALU: Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Advertisements

Berikut adalah petikan ucapan Dato’ Sri Anwar: “… kita boleh belanja bilion ringgit untuk konsultan. Saya difahamkan 5-6 tahun dulu, sudah belanja RM1.8 billion. Jadi saya nak tanya, lebih daripada RM2 billion ringgit telah diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMKe-12 ini.”

Untuk pengetahuan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tidak pernah membelanjakan wang sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku RMKe-12 seperti yang didakwa oleh Dato’ Seri Anwar.

Perancangan pembangunan negara untuk lima tahun ini disediakan oleh pegawai-pegawai UPE JPM di bawah selian saya, hasil input daripada libat urus dengan pelbagai pihak.

Penyediaan RMKe-12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

Saya berharap Dato’ Seri Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan Kerajaan.

DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles