Setahun Menerajui KKRS Antara Isu dan Cabaran – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

TEMPOH setahun menerajui Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) merupakan satu perjalanan yang panjang dan sangat mencabar buat Timbalan Ketua Menteri I Dato Sri Bung Moktar Radin.

CAKNA… Bagi mempastikan segala projek pembangunan berjalan lancar Bung bersama pegawai pegawai di KKRS sering turun padang meninjau sendiri kemajuan serta masalah terhadap perlaksanaan projek-projek insfrastruktur yang dikendalikan oleh JKR
CAKNA… Bagi mempastikan segala projek pembangunan berjalan lancar Bung bersama pegawai pegawai di KKRS sering turun padang meninjau sendiri kemajuan serta masalah terhadap perlaksanaan projek-projek insfrastruktur yang dikendalikan oleh JKR
HARAPAN RAKYAT..Projek Lebih Raya Pan Borneo antara harapan rakyat Sabah dapat direalisasikan

Sebaik sahaja diberikan amanah untuk mengetuai kementerian itu, beliau terus diuji dengan cabaran yang sediada selain isu kemudahan insfrastruktur asas, jalanraya, bekalan air bersih, banjir kilat ,tanah runtuh dan cabaran yang tidak terduga yang melanda bukan sahaja negara, malah seluruh dunia iaitu pandemik Covid-19

Namun begitu, selepas setahun melaluinya, Bung yang diamanahkan memegang portfolio Menteri Kerja Raya salah satu kementerian yang terpenting dan menjadi perhatian masyarakat, mengakui dengan kerjasama erat pasukannya berjaya bertahan dan mengharungi semua ujian dengan sebaiknya.

Ikuti temu bual media bersama beliau sempena ulang tahun pertama pentadbirannya di Kementerian Kerja Raya Sabah.

SOALAN: Sepanjang setahun Dato Sri menerajui Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) , boleh kongsikan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam tempoh tersebut?

BUNG: Saya bersyukur kerana diberi peluang menyertai kabinet dan berterima kasih kepada Ketua Menteri yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas penting di kementerian ini.

Tahun pertama menerajui KKRS memang sangat mencabar satu kementerian yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat terutamanya perkara-perkara yang berkaitan kemudahan insfrastruktur asas untuk kepentingan rakyat. Keadaan lebih mencabar apabila Covid-19 melanda dan kita terpaksa menghadapinya dalam keadaan tidak bersedia.

Saya mengakui sebaik melangkah memasuki kementerian ini ,banyak cabaran yang perlu saya lalui antaranya isu isu berkaitan insfrastruktur asas, isu yang belum selasai dan bakal saya warisi antaranya sistem perhubungan jalanraya ,bekalan air bersih dan bencana alam yang tidak terduga seperti hujan banjir yang mengakibatkan jalan,cerun runtuh ,jambatan terputus dan juga masalah bekalan elektrik dimana ianya juga menjadi tanggungjawab saya.

Kita tidak mampu mengelak presepsi masyarakat umum bila ada isu jalanraya rosak dan sebagainya tumpuan mereka kepada JKR, walaupun tidak semua aduan mengenai kerosakan jalanraya dan sebagainya menjadi tanggungjawab JKR, ini kerana ada diantaranya jalan yang bukannya dalam selenggaraan JKR seperti jalan ladang, jalan kebun, jalan dibawah pihak berkuasa tempatan atau kementerian lain yang diluar kawalan JKR . Semua isu ini perlu dihadapi . Kita perlu memandang ke hadapan tanpa menyalahkan kerajaan terdahulu untuk menyelasaikanya , ini kerana setelah rakyat memberikan mandat kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas PRN ke-16 sudah tentu mereka memerlukan pembelaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Hari pertama saya melaporkan diri di KKRS saya menyatakan misi utama saya ialah menyelasaikan masalah jalan dan air, ini disebabkan dua masalah ini sering membelenggu rakyat di negeri ini dan ini menjadi keutamaan saya selaku menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga kementerian ini.

Saya mengakui sistem perhubungan jalanraya di negeri ini masih jauh ketinggalan berbading negeri-negeri lain. Usaha berterusan akan terus dilaksanakan bagi membaiki jalan-jalan yang rosak samaada yang dikendalikan oleh pihak JKR mahupun konsesi yang dpertanggungjawabkan.

Saya beruntung kerana memiliki pasukan yang cakna kepada isu ini khususnya Pengarah JKR dan Jurutera-jurutera daerah yang kerap kali saya ingatkan agar sentiasa cakna dan turun padang bagi meninjau setiap aduan yang dikemukakan oleh masyarakat mengenai kerosakan jalanraya termasuklah kerosakan yang disebabkan oleh bencana seperti banjir atau runtuh.

SOALAN: Lebuh Raya Pan Borneo merupakan harapan rakyat Sabah untuk menikmati sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik, komen Datuk?

BUNG: Sebagaimana semua maklum projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan satu projek yang dijanjikan oleh Barisan Nasional dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 2013 . Pada April 2016 Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan tujuh pakej Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah iaitu Sipitang,Papar,Putatan,Inanam,Tawau Lahad Datu dan Sandakan.

Selepas Barisan Nasional tewas dalam PRU14 dan berlaku pertukaran kerajaan diperingkat pusat dan negeri dan ekoran pertukaran kerajaan ini perjalanan pembinaan lebuh raya Pan Borneo ini mengalami banyak kekangan .

Tindakan kerajaan terdahulu membatalkan Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Sabah tanpa terlebih dahulu mendapatkan sukuk atau bon, menimbulkan kesukaran dalam pelaksanaan projek itu terutama bagi aspek pembiayaan.

Ketiadaan sukuk atau bon, pembiayaan projek itu kini terpaksa bergantung kepada peruntukan pembangunan daripada kerajaan Persekutuan. Berbeza dengan Sarawak mereka batalkan PDP tetapi mereka sudah dapatkan sukuk atau bon untuk projek itu, tetapi di Sabah terbalik mereka tidak teliti dan kaji, batal PDP tetapi sukuk atau bon belum diurus…apabila ini berlaku peruntukan pembangunan, Pan Borneo tidak dapat dibangunkan menyeluruh.

Sekarang ini kira-kira RM1 bilion satu tahun (peruntukan pembangunan ) untuk bangunkan projek ini, saya membuat perkiraan jika cara ini 45 tahun pun belum tentu projek ini boleh siap untuk dinikmati oleh rakyat.

Oleh kerana projek ini menelan kos yang tinggi ketika negara kita berhadapan dengan masalah ekonomi yang merundum semasa penularan pandemik COVID-19 ,kerajaan negeri telah mengambil keputusan agar projek ini diteruskan dengan keadah inisiatif pembiayaan swsata (PFI) dan cadangan tersebut telah dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk kelulusan.

Bagi saya projek ini penting untuk rakyat Sabah bukan sahaja untuk kemudahan perhubungan jalanraya yang lebih baik selesa tapi ianya boleh mentarformasikan kawasan luar bandar sekali gus boleh melonjakkan taraf siso ekonomi rakyat.

Kita mempunyai tiga fasa iaitu melibatkan pembinaan keseluruhan sepanjang 1,236 kilometer(km) dengan anggaran kos RM40.2 bilion. Fasa satu projek ini melibatkan 35 pakej telah siap proses reka bentuk membabitkan pembinaan sejauh 706km dengan kos RM15.2 bilion dan 15 pakej dalam peringkat pembinaan pada masa ini, melibatkan 317.6km dengan kos RM7.98 bilion di bawah pembiayaan kerajaan Persekutuan

SOALAN: Isu bekalan Air Bersih di Sabah komen Datuk

BUNG: Hampir seluruh daerah di negeri ini menghadapi masalah bekalan air bersih. Selain dari permintaanya agak tinggi dengan wujudnya bandar-bandar baharu, kawasan perumahan dan perindustrian kita juga menghadapi masalah lain antaranya masalah paip bocor yang dibina sejak zaman British lagi.

Daripada 84 loji rawatan air di Sabah sebanyak 22 loji rawatan air menghadapi masalah seperti kedudukanya yang tidak sesuai dan tidak mampu menampung keperluan pengguna. Untuk menangani isu ini kita memerlukan sekuran-kurang RM13 bilion untuk meningkatkan prasarana ini dimana anggaran ini bukan sahaja untuk menganti paip yang sediada ,muka sauk ,membina pusat Rawatan Ai r(LRA) yang baharu dimana sebahagian (LRA) yang ada kini berhadapan dengan masalah membekalkan air bersih berikutan pencemaran sungai yang menjejaskan operasi loji dan kolam takungan baharu

Bagi menangani isu bekalan Air ini KKRS telah pun membentangkan kepada kabinet hala tuju serta strategi jangka panjang untuk mengurus bekalan air negeri ini.Ia termasuklah merombak operasi Jabatan Air Sabah dan menswastakan perkhidamatan bekalan air untuk mengatasi gangguan bekalan air yang sering berlaku di negeri ini.

Saya akui bagi menyelasaikan isu bekalan air di negeri ini kita memerlukan peruntukan yang besar lebih menyulitkan keadaan Sabah dan Sarawak sebelum ini tidak menyertai program air kebangsaan menyebabkan kita tidak mendapat peruntukan secara langsung dari kementerian berkenaan kerana kita menguruskan air sendiri.

Kita berharap dibawah pentadbiran Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakub melalui konsep “Keluarga Malaysia” dengan pengumuman peruntukan sebanyak RM4.66 bilion untuk Sabah dalam RMK-12 yang dibetangkan isnin lepas, kerajaan persekutuan akan memberikan ikhsan untuk memberikan peruntukan bagi membantu kita menangani kriisis bekalan air bersih di negeri ini. Saya yakin dengan hubungan serta kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan pusat masalah ini akan dapat ditangani peringkat demi peringkat.

SOALAN: Sebelum ini wujud pertindihan tugas antara JKR Negeri dan Pusat,pandangan Dato?

BUNG: Semasa saya mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertua Agung baru baru ini di dewan rakyat baru-baru ini isu ini telah saya bangkitkan agar kerajaan Pusat mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai sebuah jabatan teknikal dan bertuliah. Kita mempunyai beribu jurutera yang bertauliah dan berpengalaman agak tidak lojik jika kita tidak mendapat pengiktarafan dari kerajaan pusat.

Dalam perlaksanaan projek projek pembangunan RMK-12 ini khususnya kendelian JKR Pusat , jika kita tidak diberikan peranan sebagai pemantau dan kebetulan projek tersebut bermasalah JKR Negeri tidak boleh berbuat apa-apa dan jika kita biarkan masalah berterusan, rakyat akan marah dan yang akan menerima kesan bukan sahaja kerajaan negeri malah rakyat akan terkesan.

Sebagai merintis jalan baru baru ini pihak JKR Malaysia dan JKR Sabah telah pun menandatangani nota kerjasama bagi pelaksanaan program integrasi data sistem SKALA-PALMS bagi membolehkan data-data projek pembangunan Persekutuan dan Negeri dapat diakses secara bersama.Perkongsian data ini juga akan mempercepatkan proses pelaporan data kemajuan fizikal projek bagi membolehkan pemegang taruh (stakeholder) memperolehi maklumat dengan segara,tepat serta menjimatkan kos. Ia sekaligus dapat meningkatan kecekapan sistem antara Persekutuan dan Negeri .Perancangan negara akan lebih berpandukan data bagi memenuhi keperluan dan jangkaan rakyat.

SOALAN: Setahun bersama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), apakah yang boleh dikongsikan mengenai prestasi GRS ketika ini selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan semasa penularan wabak Covid-19?

Saya sangat berbangga dapat bersama GRS dalam kerajaan dan Kabinet. Sebaik kerajaan GRS dibentuk, kita dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19.Tumpuan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Nor pada masa ini adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan negara serta rakyat terjamin.Setelah itu, tumpuan diberi sepenuhnya kepada soal pemulihan ekonomi negari dan rakyat.

Saya yakin sasaran kita untuk mencapai 80% pemberian vaksin kepada rakyat di negeri ini pada penghujung oktober ini akan tercapai. Ketika ini tumpuan pemberian vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan kawasan kawasan pedalaman sedang giat kita jalankan melalui program “Outreach” atau “Walk-in”.

Perkembangan positif dimana ada beberapa buah daerah di negeri ini sudah mencapai 100% program vaksinisasinya dan kini kita telah memulakan program vaksinisasi kepada golongan remaja dan pelajar sekolah menangah.

Kita berharap sebaik sahaja sasaran pemberian vaksin ini mencapai sasarannya, penularan pandemik COVID-19 berjaya dapat landaikan dan ini membolehkan kerajaan fokas untuk memulihkan ekonomi negeri dan rakyat dengan memulihkan beberapa sektor seperti pertanian, pelancongan dan lain-lain yang terjejas terok semasa penularan pandemik COVID-19.

 

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles