Sambut Hari Kebangsaan Dalam Norma Baharu – Firdaus

KOTA KINABALU: Sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini dan akan disusuli Hari Malaysia pada 16 September sudah pasti jauh berbeza dari segi kemeriahan mahupun saiznya disebabkan impak krisis kesihatan COVID-19.

Advertisements

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan berkata berbanding tahun sebelum ini, negara kita belum bebas kekangan ini.

Beliau berkata meskipun sambutan berbeza disebabkan norma baharu, saya percaya semangat meraikan kedua-dua hari bersejarah kekal kental dalam jiwa rakyat.

“Walau apapun dugaan, ujian dan cabaran, kita perlu menerima hakikat hidup perlu diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, kita tiada pilihan untuk berhadapan norma baharu kehidupan.

“Masalah kesihatan berkaitan COVID-19 akan menjadi sebahagian daripada hidup. Semuanya terletak di tangan kita, katanya.

Beliau berkata demikian semasa program sambutan Hari Kebangsaan Dalam Norma Baharu anjuran Biro Penerangan Bersatu Sabah secara alam maya dengan kerjasama Biro Komunikasi dan Penerangan Srikandi Bersatu Sabah.

Menurut beliau rakyat perlu bertekad membuang dan mengikis budaya mengutamakan kepentingan diri. Sambutan tahun ini akan menjadi sambutan yang tenang, mengikuti norma baru yang diperlukan bagi menghadapi ancaman COVID-19.

“Tetapi itu tidak boleh melunturkan semangat kita. Semangat Merdeka hidup di hati dan fikiran setiap rakyat di mana sahaja mereka berada. Kita harus terus memupuk dan memperkuat semangat itu, dalam apa yang kita lakukan, dan bagaimana kita berfikir dan bersikap, sehingga kita menanamkan semangat dan memenuhi harapan nenek moyang kita.

Firdaus berkata sebaliknya generasi muda perlu mencintai negara dan menghargai orang lain sepatutnya menjadi sebahagian semangat patriotisme. COVID-19 mengajar banyak perkara positif hingga kita perlu tampil dengan nilai lebih mulia untuk membina masa depan.

Tambah beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Batu Sapi pelbagai tafsiran diberikan dalam mendefinisikan semangat patriotisme.

“Secara ringkas, ia perasaan cinta akan negara. Perbuatan menunjukkan patriotisme atau menjadi patriotik, antara keperluan untuk menjadi warganegara baik. Namun, ada pandangan mengatakan patriotisme, seperti banyak perkara disengajakan dengan baik, boleh memudaratkan apabila dibawa ke tahap ekstrem.

“Tafsiran patriotisme memang subjektif. Ada banyak cara menzahirkan sikap patriotik seperti berdiri apabila lagu kebangsaan berkumandang dan ikrar nasional dibacakan. Menghormati Jalur Gemilang, menghyati Rukun Negara dan kita perlu terbuka menerima hakikat isu patriotisme bukan hanya membabitkan generasi muda semata-mata. Justeru, semangat patriotisme perlu dihayati tidak kira usia kerana ia teras pembentukan dan pembinaan negara sepanjang masa, bukan setakat mempertahankan negara,” jelas beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles