Anak Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

KOTA KINABALU. Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Mohammed Hayssam bin Musa meninggal dunia pada pagi Selasa.

Menurut kenyataan pejabat Tan Sri Musa Aman, Allahyarham yang berusia 34 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di bandaraya Kota Kinabalu.

Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini.

Semoga ALLAH merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman,” kata kenyataan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles