Mositun Mahu JKR Pasang Culvert di Kawasan Jalan Raya Utama Sulim-Labak

PAPAR: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun meminta Jabatan Kerja Raya supaya menimbang untuk memasang culvert di kawasan jalan raya utama Kampung Sulim-Labak, Kinarut.

Advertisements

Beliau berkata ini kerana air sering bertakung di kawasan perumahan berdekatan jalan raya itu akibat sistem pengaliran yang tersekat berikutan kerosakan culvert.

Katanya antara kawasan yang terjejas ialah rumah En Louis Jumah, Katigis Victor Dawanson, kebun sayur Encik Denis dan Encik Lonis.

“Diharapkan pihak konsesi JKR dpt mengambil tindakan segera,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Turut serta lawatan itu ialah Ketua Anak Negeri Ayub Khan, Ketua Kampung Felix Bonnie, Ketua Kampung Florensius dan biro kebajikan JPKK Sulim En.George Lease. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri Sabah

Related Articles

253FansLike

Latest Articles