Madius Kemukakan Usul Penubuhan Majlis Persekutuan-Negeri untuk Memulihkan Ekonomi dan Kesihatan Rakyat

KOTA KINABLU: Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mencadangkan Penubuhan Majlis Persekutuan-Negeri untuk Memulihkan Ekonomi dan Kesihatan Rakyat di negara ini.

Advertisements

Bagi merealisasikannya, Madius telah menghantar usul penubuhan majlis itu kepada Setiausaha Sidang Dewan Rakyat pada 19 Ogos lepas bagi membolehkan cadangan tersebut dibahaskan pada persidangan Parlimen Sepember ini.

Beliau yang juga presiden UPKO berkata usul itu dibuat dengan kesedaran dan mengambil kira penderitaan rakyat akibat kehilangan insan tersayang akibat Covid-19, kehilangan sumber pendapatan, serta kesukaran meneruskan pembelajaran dan pengajaran dalam sistem persekolahan yang sedia ada.

“Ia juga sebagai usaha ke arah menyelesaikan pelbagai masalah dan kecelaruan dalam pembuatan serta pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Kerajaan di peringkat Kampung,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

Turut serta sidang media itu ialah ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzi.

Madius berkata usul berkenaan juga diangkat memandangkan struktur Majlis Keselamatan Negara yang sedia ada tidak dapat merangkumi secukupnya suara pembangkang Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk membentuk muafakat rentas-parti dan rentas-kerajaan yang berkesan untuk menangani pemulihan ekonomi dan kesihatan.

Antara terma-terma yang dicadangkan ialah
majlis itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang Parlimen sebagai timbalan pengerusi.

Majlis itu hendaklah dianggotai oleh tiga kumpulan: pertama, sejumlah menteri termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelancongan, Menteri Pendidikan dan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak; kedua, ahli-ahli parlimen pembangkang yang menggambarkan kepelbagain parti dan dalam jumlah yang sama; dan ketiga, semua Ketua Menteri dan Menteri Besar daripada 13 buah negeri.

Majlis itu akan menerima input profesional dan kepakaran daripada sektor ekonomi, peubatan dan pendidikan bersama-sama pucuk pimpinan perkhidmatan awam, tentera dan polis, dan bermesyuarat setiap minggu sebelum mesyuarat Kabinet untuk menerima laporan dan mengambil tindakan atas perkara-perkara seperti pengangguran dan penutupan perniagaan, , jangkitan, kemasukan hospital (hospitalization) dan kematian akibat COVID-19, prestasi vaksinasi rakyat ; Pelaksanaan SOP, keadaan persekolahan dan prestasi sektor utama ekonomi.

“Kita juga mengambil maklum dasar dan SOP yang diperlukan untuk menangani wabak Covid-19 mungkin tidak popular pada permulaan dan hanya boleh berjaya jika tanggungjawab politik ditanggung bersama oleh semua parti politik dan kerajaan negeri sebagai Tim Malaysia untuk menyakinkan masyarakat.

“Kita juga mengambil maklum bahawa pemusatan kuasa dalam bidang kesihatan dan kesihatan awam di bawah Jadual ke-Sembilan Perlembagaan Persekutuan yang telah menghindari kerajaan-kerajaan negeri daripada memberikan sumbangan yang lebih besar dalam melawan wabak Covid-19,” katanya.

Madius berkata semua pihak perlu menerima hakikat tentang peri-pentingnya pandangan dan sokongan Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar, Pemimpin-pemimpin kanan parti Pembangkang dan pakar-pakar dalam masyarakat, sektor profesional dan sektor swasta untuk membantu Menteri-menteri Persekutuan dan pucuk pimpinan perkhimatan awam, tentera dan polis dalam pembuatan keputusan dasar serta SOP yang inklusif.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles