Kejayaan Singapura Tangani Covid-19 Boleh Diambil Sebagai Contoh Untuk Sabah

KOTA KINABALU: Kejayaan kerajaan Singapura meminimumkan kes penularan Covid-19 boleh diambil sebagai model untuk menyusun strategi bagi membanteras penularan wabak itu di Sabah.

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata antara pelan terperinci kerajaan Singapura untuk kembali kepada kehidupan normal ialah dengan memastikan dua pertiga daripada 5.9 penduduk menerima sekurang-kurangnya dos pertama awal bulan Julai lepas dan dos kedua pada 9 Ogos lepas.

Selain itu, katanya, penghantaran vaksin dan proses vaksinasi telah dipercepatkan.

Menurutnya vaksin amat efektif dalam mengurangkan risiko jangkitan dan penularan Covid-19.

Dr Oh berkata demikian dalam pembentangannya bertajuk Keutamaan Pelan Pemulihan Singapura dan Pengajaran Untuk Sabah sempena program Webinar Strategi Memantapkan Kebolehsaingan Selepas Vaksinasi.

Beliau berkata strategi kedua Singapura yang boleh dipraktikkan di negeri Sabah ke arah kehidupan normal ialah memastikan alat ujian rapid antigen kendiri mudah diperolehi oleh orang ramai.

“Kita tidak boleh bersandarkan ujian PCR semata-mata yang memerlukan masa agak lama untuk mendapatkan keputusan ujian,” katanya.

Ianya mudah digunakan di mana-mana termasuk berada di lapangan terbang, pelabuhan, bangunan pejabat, pusat membeli-belah, hospital dan pusat pengajian tinggi, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles