Peserta Program Vaksinasi Dos Kedua DUN Limbahau Raihkan Bulan Kemerdekaan

PAPAR: Ribuan peserta program vaksinasi dos kedua bagi kawasan DUN Limbahau meraihkan Bulan Kemerdekaan sambil mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah di Dewan Serbaguna Mositun, dekat sini semalam.

Advertisements

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun berkata program sisipan sempena Bulan Kemerdekaan itu bertujuan menyemarakkan semangat dan rasa cinta kepada tanah air selain menceriakan suasana program outreach vaksinasi itu.

“Dalam kehidupan harus ada senyum dan tawa. Ramai yang tersenyum dengan kehadiran “Garfield”.

“Juga kita meraihkan Bulan Kemerdekaan sambil mengibar jalur Gemilang dan Bendera Sabah. Saya mengucapkan Tahniah kepada semua yang hadir,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Mositun turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua para petugas, terutama yang terlibat menjayakan program
vaksinasi dos kedua dan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Beliau berkata Program Outreach vaksinasi C-19 selama dua hari itu dianjurkan bersama oleh UPPM Limbahau, Pejabat kesihatan Daerah papar, Pejabat Daerah papar, JAPEN, CITF & COMBI Daerah Papar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles