UMNO Serah Surat Akuan Mencukupi Zahirkan Penarikan Sokongan Terhadap PM

KOTA KINABALU: Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi mendakwa mempunyai
surat akuan Ahli-ahli Parlimen Umno “yang mencukupi angka” bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata surat akuan tersebut telah
dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepemimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.

Ahmad Zahid berkata UMNO juga sebulat suara menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Mahiaddin Yasin selaku Perdana Menteri.

Beliau berkata penarikan sokongan terhadap Muhyiddin itu merupakan antara ketetapan yang dicapak pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi secara maya yang diadakan hari ini.

“UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

“Kenyataan terbaru Perdana Menteri hari ini, tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlahkan kekhilafan Kerajaan yang jelas telah menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

“Malah mempersendakan baginda yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021, sejajar dengan Perkara 150(31) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Ahmad Zahid berkata, Tan Sri Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

Sementara itu, difahamkan antara anggota parlimen yang hadir dalam sidang media itu ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak (Pekan), Datuk Azalina Said Othman (Penggerang, Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datuk Azeez Abdul Rahim (Baling), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Ahmad Maslan (Pontian)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles