Jumlah Kes Baharu Covid-19 di Sabah Masih Dalam Empat Digit, kerajaan tekad tambah dos sehari – Masidi

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bertekad untuk meningkatkan keupayaan pemberian vaksin sehingga melepasi 50,000 dos sehari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata semalam
sahaja Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberikan vaksin sebanyak 43,792 dos.

“Kapasiti imunisasi yang maksimum serta bekalan vaksin yang tidak terputus akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata jumlah kes baharu Covid-19 bagi negeri Sabah hari ini kekal dalam empat digit iaitu 1,002.

Menurutnya daerah Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan 171 kes baharu dalam masa 24 jam yang lalu.

Ini diikuti daerah Penampang dengan 100 kes, Sipitang (90), Sandakan (75), Tuaran (73), Keningau (47), Telupid (40), Ranau (34), Papar (303, Beaufort (28) dan Kinabatangan 22 kes, katanya.

Beliau berkata semua daerah mencatatkan kes baharu.

“Terdapat dua kluster baharu hari ini, Kluster Tembidong Bidong di Telupid / Beluran 88(+35) kes (kluster komuniti) dan Kluster Jalan Patikang Ulu di Keningau 17(+3) kes (kluster tempat kerja).

“Kontak rapat terus menyumbang jumlah teramai, 591, yakni hampir 59 peratusi. Daerah Kota Kinabalu hampir 63 peratus kes baharu datang dpd kontak rapat, 70% di Tawau, 67% di Penampang dan 62% di Sipitang,” katanya.

Masidi berkata data itu menunjukkan ruang atau kawasan penyebaran jangkitan virus Covid semakin meluas dalam komuniti.

“Andaian ini diperkukuhkan lagi dgn jumlah peratusan yang tinggi, 18.4% (184) dikalangan kategori ‘bergejala’.

“Jangkitan kategori ini merupakan kes sporadik, punca jangkitan tidak diketahui. Kes yang melibatkan kluster pula sekadar 13.3% (133) dan saringan bersasar 5.5% (55) dpd jumlah keseluruhan,” kata beliau.

Susulan itu, Masidi berkata KKM amat menganjurkan pematuhan secara total semua SOP bagi menghindar diri daripada dijangkiti virus Covid.

“Disiplin diri adalah komponen penjagaan kesihatan diri yang amat penting selain dpd keperluan mendapatkan vaksinasi yang lengkap,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles