Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah Hulur Sumbangan Kepada Food Bank Srikandi Bersatu Ranau

RANAU: Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah terpanggil untuk membantu dan menyumbang kepada food bank yang diwujudkan Srikandi Bersatu Ranau
selepas melihat ramai dalam kalangan penduduk yang hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat wabak Covid-19.

Advertisements

Presidenntmya David Chan berkata, sebilangan mereka tidak tahu di mana boleh mendapatkan bantuan dan melalui food bank ini, caranya lebih mudah dan tanpa kerenah birokrasi.

“Kita berharap golongan yang memerlukan tampil atau datang ke pusat food bank untuk mendapatkan keperluan masing-masing dan jangan biarkan keluarga dalam keadaan kelaparan akibat PKP dan Covid-19.

“Kepada jiran-jiran atau mana-mana pihak yang mengetahui jika berlaku kes-kes keluarga terkesan tetapi tersisih atau tertinggal daripada menerima bantuan, salurkan maklumat segera kepada pusat food bank ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles