Ewon Beri Sokongan Moral Kepada Syed Saddiq

PENAMPANG: Naib Presiden Upko, Ewon Benedick menyuarakan sokongan moral kepada Syed Saddiq, Presiden Malaysian United Democratic Aliance (MUDA).

Advertisements

Kelmarin. Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan pecah amanah dan salah guna wang kempen.

Saddiq menafikan pertuduhan tersebut yang dianggap bermotifkan politik kerana keengganan beliau memberi sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Anda (YB Saddiq) merupakan inspirasi kepada ramai orang, termasuk saya, dan kami bersolidariti bersama kamu.

“Terlalu ramai pengecut politik di luar sana, dan pengecut-pengecut ini akan gagal dalam usaha mereka membunuh karier politik anda sama seperti mereka gagal dalam menguruskan negara ini.

“Anda tidak bersendirian. Saya bersama pimpinan Upko bersama-sama dengan anda,” kata Ewon yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian.

Ewon menyatakan sokongan moral beliau kepada Saddiq dalam laman twitter beliau yang turut dikongsikan di laman facebooknya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles