PKPD Dilaksanakan di Kampung Pukak Bermula Sabtu ini hingga 6 Ogos

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Pukak (Mukim
Tengah bermula Sabtu ini hingga 6 Ogos.

Advertisements

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu pada sidang media di ibu negara hari ini.

Beliau berkata kerajaan bersetuju mengenakan PKPD di kampung Pukak setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Selasa lepas, kluster baharu dikesan di Sabah yang dikenali sebagai Kluster Kg Pukak, Tuaran disyaki berpunca daripada majlis kenduri kesyukuran pada 3 Julai lepas.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun dipetik sebagai berkata bahawa majlis kenduri yang membawa kepada wujudnya kluster di kampung Pukak itu dihadiri oleh keluarga terdekat di kampung tersebut.

“Kes indeks merupakan lelaki, 47, bergejala demam, batuk dan selsema sejak 7 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag 100% pada 9 Julai 2021,” kata Masidi.

Masidi berkata, daripada 55 kontak rapat yang disaring, 16 kes disahkan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu.

Sementara itu, PKPD turut dikuatkuasakan dari 24 Julai hingga 6 Ogos di PPR Gayang Ria, Mukim Berunggis(Tuaran), Kampung Gumandang, Kudat, Kampung Lumatai Ulu Beaufort, Kampung Banting, Kawang dan Kampung Bole, Sipitang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles