Polis Sabah Mulakan Siasatan Kes Tipu pembelian Atas Talian Guna Kad Kredit

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Sabah telah memulakan siasatan berhubung kes penipuan pembeliaan atas talian menggunakan kad kredit.

Ketua Jabatan itu Supt Moses Govindarajoo A/L Govindarajoo berkata siasatan itu dibuat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaaan.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya pada 1 Disember tahun lepas kira-kira jam 2.05 petang, seorang wanita berketurunan Cina berumur 33 tahun membuat laporan polis di Kota Kinabalu berkaitan penggunaan kad ktedit miliknya.

Pegadu dalam kes ini menafikan ada menggunakkan kad kredit yang melibatkan enam transaksi yang kesemuanya berjumlah RM14,580.00.

Moses berkata pada mulanya pengadu hanya membuat laporan polis untuk semakan lanjut dengan bank dan dengan salah satu platform E-dagang yang terlibat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles