Jumlah Kes Baharu Covid-19 di Sabah Menurun ke angka 474

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 bagi negeri Sabah hari ini menurun ke angka 474 kes, berbanding 657 kes yang dicatatkan semalam.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata penurunan 183 kes itu banyak dipengaruhi oleh ketiadaan kes positif baharu dari kluster penjara, kecuali lapan kes dari Penjara Tawau.

“Penyumbang utama kes hari ini adalah dari saringan kontak rapat 227 kes (47.9%), diikuti 71 kes (14.9%) dari sarıngan bergejala.

“Saringan bersasar dari kawasan PKPD mencatatkan 55 kes (11.6%) di mana 38 kes dari jumlah itu direkodkan tertinggi di daerah Beaufort,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata dua kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Sawit Lung di Beluran (11 kes) dan kluster Industri KKIP Selatan Kota Kinabalu (6) yang menyumbang 3.6% dari jumlah kes.

“Kluster sedia ada menyumbang 65 kes (13.7%). 90.5% daripada kes-kes hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 (184) adalah mereka yg tidak mengalami sebarang simptom manakaka Kategori 2 (245), sekadar mengalami simptom ringan (mild),” katanya.

Masidi berkata kedua-dua kategori pesakit tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di Pusat Rawatan dan Rawatan Covid-19.

Kota Kinabalu terus mencatatkan kes baharu Covid-19 tertinggi di Sabah hari ini dengan 128 kes, diikuti Beaufort (76 Kes) dan Penampang 45 Kes.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles