12 Kampung, 11 Jalan Dinaiki Air di Penampang

PENAMPANG: Sekurang-kurangnya 12 kampung dan 11 jalan di sini dinaiki air susulan hujan lebat dan banjir kilat semalam

Advertisements

Antara kampung yang dinaiki air itu ialah Taman Donggongon, Kampung Tuavon, Kambau, Dabak, Nambazan, Kolopis, Inobong, Kinabaig, Gunsing dan Kampung Tindai Kolopis.

Turut dinaiki air Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Dakata, Jalan Kasigui, Jalan Tuavon, Jalan Kolupis, Jalan Inobong, Jalan Kinabaig, Bulatan Siga, Jalan Edmund Labunda dan Jalan Nambazan.

Berikutan itu, Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Penampang diaktifkan dan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang dibuka namun setakat ini tiada pemindahan penduduk terjejas banjir.&

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Penampang, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBD) Penampang kini bersiap sedia melakukan pemantauan dan operasi banjir berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Pagi ini, bacaan paras air Sungai Moyog masih berada pada paras bahaya iaitu 9.40 meter.

Sementara itu, hujan lebat yang melanda bandaraya Kota Kinabalu sekitar pukul 5 petang semalam telah menyebabkan banjir kilat berlaku di lima lokasi.

Menurut kenyataan Bilik Gerakan Bencana Alam Bandaraya Kota Kinabalu, lima kawasan yang terjejas banjir kilat itu ialah Kawasan Hospital Queen Elizabeth 1, Taman Sheraton Likas, Taman Dixon, Taman Mei Lok dan Taman Cendewan.

Bagaimanapun, keadaan banjir di kawasan tersebut pulih sepenuhnya pada pukul 8 malam Rabu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles