Speaker Sangkal Dakwaan DUN Sabah hadapi pembubaran automatik

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M. Yahya menyangkal kenyataan yang mendakwa bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berdepan dengan risiko pembubaran otomatik jika tidak bersidang sebelum 1 0gos 2021.

Advertisements

Beliau berkata walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah perlu bersidang dalam tempoh enam bulan dari tempoh terakhir sidang yang lalu, namun Seksyen 15 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Oleh itu orang ramai adalah diminta supaya tidak keliru disebabkan Dewan Undangan Negeri Sabah belum mengadakan persidangan sejak Sidang Bajet 2021 pada Disember 2020 yang lalu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, Dewan Undangan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa Kerajaan Negeri menetapkan tarikh untuk mengadakannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles