England Siap Sedia Cipta Sejarah Euro 2020, Itali Mampu Ranapkan Impian Tuan Rumah

England bersiap sedia mencipta sejarah dalam pertandingan akhir Euro 2020 awal pagi esok, pada ketika negara memburu trofi berprestij pertama selepas 55 tahun namun Itali dilihat berkemampuan meranapkan impian tuan rumah di Wembley.

Advertisements

Pasukan pimpinan Gareth Southgate telah membawa negara itu ke era kegemilamgan apabila berjaya menempah tiket ke final Euro 2020 buat pertama kali dan kini memerlukan hanya satu lagi kemenangan untuk meraih gelaran juara Eropah selepas Piala Duna 1966.

Bersama-sama dengan sekitar 60,000 penyokong yang dijangka berada di Stadium Wembley, jutaan peminat di seluruh England akan menonton perlawanan itu di kaca TV mana sekolah-sekolah dan pusat perniagaan akan dibuka terus sehingga lewat Isnin bagi membolehkan mereka “kupi-kupi” sambil menonton siaran langsung yang bermula 7 malam GMT (3 pagi waktu Malaysia.

Sebelum perlawanan yang cukup mendebarkan itu, pasukan Southgate menerima mesej sokongan daripda Queen Elizabeth II, Perdana Menteri British Boris Johnson dan juga bintang Hollywood Tom Cruise.

Pertandingan akhir Euro 2020 merupakan pertemuan yang ke-28 bagi kedua-dua pasukan England dan Itali.

Daripada 27 perlawanan sebelum ini, juara Piala Dunia 1966 England menang lapan kali, Itali menang 10 kali dan Sembilan kali seri.

Barisan Pemain yang mungkin diturunkan.

ENGLAND: Pickford; Walker, Stones, Maguire, Shaw; Phillips, Rice, Mount; Saka, Kane, Sterling.

ITALI: Donnarumma; Di Lorenzo, Bonucci, Chiellini, Emerson; Barella, Jorginho, Verratti; Chiesa, Immobile, Insigne.

Sementara itu, awal hari ini Pasukan Argentina akhirnya menamatkan kemarau 28 tahun tanpa sebarang kejuaraan utama apabila menjuarai Copa America edisi 2021 dengan menewaskan Brazil 1-0 di pentas final di Rio De Janeiro.

Sumber – AFP

Related Articles

253FansLike

Latest Articles