Sabah Pertahan Keputusan Benarkan “Dine In”

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri kekal dengan keputusan membenarkan Dine- in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuatkuasa.

“Ini pendirian kita,” kata Hajiji dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, negeri Sabah telah tersenarai dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP).
Bagaimanapun aktiviti yang sebelumnya dilonggarkan oleh Kerajaan Negeri seperti aktiviti dine in tidak disentuh secara terperinci.

Kenyataan Ketua Menteri ini diharap dapat melenyapkan kekalutan atau kekeliruan orang
ramai berhubung isu dine in.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles