Final Euro 2020 – Peluang England dan Itali 50-50, Menarik Untuk Ditonton

KOTA KINABALU: Pertandingan akhir Euro 2020 yang bakal menyaksikan dua gergasi bola sepak Eropah – England dan Itali berantap di Stadium Wembley awal pagi Ahad (waktu Malaysia) dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama atau 50-50.

Advertisements

Ramai pemerhati sukan luar negara meramalkan kedua-dua pasukan yang mempamerkan aksi cemerlang pada peringkat kumpulan akan berakhir dengan keputusan seri.

Terdapat juga sebagai kecil pengulas sukan yang berpendapat England mempunyai sedikit kelebihan bermain di tempat sendiri, sekali gus berkemungkinan membantu pasukan itu mencipta sejarah menjuarai Euro 2020 buat pertama kali.

Pertandingan akhir Euro 2020 itu merupakan pertemuan yang ke-28 bagi kedua-dua pasukan itu.

Daripada 27 perlawanan sebelum ini, juara Piala Dunia 1966 England menang lapan kali, Itali menang 10 kali dan Sembilan kali seri.

Apa yang menarik ialah Itali tidak pernah kalah dengan England ketika bertembung di Piala Dunia atau Piala Eropah.

Dari tiga pertemuan, Itali berjaya menewaskan England di gelanggang pasukan Inggris itu sendiri.

Berdasarkan pencapaian lampau, Itali berada dalam kedudukan lebih untuk merangkul kejuaraan Euro 2020 manakala England memiliki kelebihan bermain di Wembley.

Ramalan Barisan Pemain:

ENGLAND: Pickford; Walker, Stones, Maguire, Shaw; Phillips, Rice, Mount; Saka, Kane, Sterling.

ITALI: Donnarumma; Di Lorenzo, Bonucci, Chiellini, Emerson; Barella, Jorginho, Verratti; Chiesa, Immobile, Insigne.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles