Beberapa lokasi SJR di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan ditutup: Hazani

KOTA KINABALU: Beberapa lokasi sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang telah ditutup pada Isnin kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Advertisements

Katanya, ia bagi memastikan pasukan polis lebih fokus terhadap operasi SJR di setiap sempadan daerah di seluruh negeri Sabah.

“Keputusan ini dibuat selepas pemantauan pergerakan trafik yang dilakukan sejak dua minggu lalu.

“Pemerhatian mendapati kebanyakan pengguna jalan raya yang melakukan perjalanan antara tiga daerah ini untuk keluar bekerja dan mendapatkan barangan keperluan, ” katanya.

Tambahnya, operasi SJR di sempadan daerah masih dikekalkan dan itu menjadi fokus pihak polis dalam mengawal pergerakan kenderaan di seluruh Sabah.

Hazani berkata, tidak semua SJR ditutup dan hanya kawasan tumpuan perkhidmatan perlu sahaja diberi kelonggaran berkenaan.

Namun jelasnya, penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di setiap SJR masih terus diperketatkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles