KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas bakal diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, sidang khas Parlimen itu bertujuan beri penerangan Pelan Pemulihan Negara, pinda perundangan dan peraturan untuk sidang secara hibrid.
Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di kedua-dua majlis Parlimen.
Menurut kenyataan itu mesyuarat khas tersebut akan diadakan mengikut SOP yang ditetapkan.