Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan – Jahid

TUARAN: Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Jahid Jahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang terus komited membantu menjayakan usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Advertisements

Katanya, sumbangan mereka begitu signifikan dalam memastikan wabak itu dapat dikawal, terutama di Sabah.

“Ini adalah satu sumbangan bagi mengiktiraf dan menghargai khidmat bakti para petugas barisan hadapan yang begitu dedikasi menjayakan program bagi menghadapi pandemik Covid-19,” katanya.

Jahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin Prihatin Bersama Frontliner Covid-19 di ibu pejabat polis daerah Tuaran hari ini.

Beliau yang juga Adun Tamparuli turut berterima kasih kepada Kelab Penyokong Datuk Jahid Jahim dan kumpulan prihatin yang berjaya menyelaras penyerahan sumbangan barang keperluan itu kepada anggota barisan hadapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya amat terharu dengan penghargaan yang diberikan kepada anggota barisan hadapan khususnya anggota polis.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles