Bidangkuasa Kesihatan Awam Terletak Dalam Senarai Bersama Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Sabah – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata bidangkuasa ke atas perkara-perkara yang menyentuh isu pencegahan penyakit terletak dalam Senarai Bersama kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sabah.

Advertisements

Beliau berkata ini dinyatakan dengan jelas dalam Senarai III, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Senarai Bersama tersebut termasuk kesihatan awam, kebajikan awam, biasiswa, perlindungan haiwan liar dan taman-taman negara, perancangan bandar dan luar bandar, perparitan dan irigasi, budaya dan sukan serta perumahan dan peruntukan kemudahan perumahan.

“Ini sebabnya Sabah juga masih mempunyai undang-undang tersendiri untuk mengawal pencegahan penyakit iaitu Ordinan Kesihatan Awam 1960 (Public Health Ordinance),” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Dalam hal ini, Salleh yang juga Pengerusi Backbencer Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
menegaskan bahawa kejayaan mengatasi wabak penyakit COVID-19 bergantung kepada semangat pemerintahan Persekutuan atau Federalisme iaitu kerjasama baik di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah.

“PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan SOP
(prosedur operasi standard) adalah undang-undang Persekutuan, tetapi ianya satu bidangkuasa bersama dengan Kerajaan Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh berharap agar wujud penyelarasan terbaik dan penyelesaian segera isu SOP Sabah kerana “matlamat kita tetap sama” iaitu memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles