Pemuda Star Pertahankan Hajiji

KENINGAU: Pemuda Star Sabah menyatakan sokongan penuh dan mempertahankan tindakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan negeri melaksanakan pelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di negeri ini.

Advertisements

Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron berkata ini bukan pertama kali kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji melonggarkan SOP berdasarkan situasi semasa dan jumlah kes baharu Covid-19.

“Tentu sekali, pelan pemulihan negara ini memberi tumpuan kepada langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 tetqpi pada masa yang sama kepentingan dan kebajikan rakyat perlu diambil kira.

“Bagi Pemuda Star Sabah, kami sentiasa menyokong penuh tindakan Ketua Menteri dan kerajaan negeri melaksanakan pelonggaran SOP demi kebaikan rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Isnin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dalam satu kenyataan, dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 mulai 29 Jun 2021 dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0.

Berikutan itu, katanya beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi.

Hajiji berkata ini termasuk membenarkan Dine-In di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel selain membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah- buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut beroperasi.

Turut dibenarkan ialah aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal

Jordan yakin kerajaan Sabah serba mengetahui keadaan dan situasi semasa pandemik Covid-19 di negeri ini, dan dengan jumlah kes terbaharu Covid-19 yang semakin menurun iaitu 178 kes dicatatkan semalam, wajarlah sedikit kelonggaran dilaksanakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles