Jelani Dilantik Pengarah Baharu Sabah F

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai Pengarah Sabah FC yang baharu, bagi mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang oleh Setiausaha Agung SAFA Benedict Asmat.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden (SAFA) Dato’Sri Bung Moktar Radin ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Jelani di pejabat beliau di Kementerian Kerja Raya Sembulan pada Isnin.

Menurut Timbalan Ketua Menteri itu pertukaran itu merupakan pertukaran biasa bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada tugas masing-masing.

Katanya, Benedict yang sebelum ini menjadi Pengarah Sabah FC akan memberikan perhatian kepada hal-hal pentadbiran sebagai setiausaha Agung SAFA,sementara Jelani akan memberikan fokus kepada tugas baharunya sebagai Pengarah Sabah FC.

“Pertukaran tugas ini bertujuan memantapkan lagi pengurusan SAFA dan Sabah FC , saya yakin kedua-dua mereka berpengalaman dan mampu melaksanakan tugas masing-masing ini,” katanya selepas majlis penyerahan tersebut.

Hadir sama Setiausaha Eksekutif SAFA David Wisom

Sementara itu, Jelani yang juga pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah berkata pelantikan tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas dalam membawa era kecermalangan sukan bola sepak khususnya Sabah FC sebagai sebuah pasukan yang mampu mencipta kejayaan dalam setiap perlawanan.

“Saya amat menghargai pelantikan ini dan akan cuba melakukan sesuatu yang terbaik untuk pasukan Sabah FC,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles