Seboc Mahu Kerajaan Bela Nasib Pemandu Bas Express Menerusi Program PEMERKASA PLUS

KOTA KINABALU: Majlis Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Sabah (Seboc) merayu kepada kerajaan supaya tidak meminggirkan pemandu bas express untuk menerima bantuan one-off RM500 di bawah program PEMERKASA Plus yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Advertisements

Presiden Seboc) Datuk Donald Hanapi berkata jika pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran serta e-hailing di Sabah layak menerima bantuan itu, maka pemandu kereta pengangkutan awam lain khususnya pemandu bas express sepatutnya diberi layanan yang sama.

Beliau menegaskan pemandu bas express turut terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19.

Donald berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas pemberian bantuan PEMERKASA Plus yang menyaksikan golongan pemandu bas express terpinggir di Kota Kinabalu hari ini.

Katanya pihak Seboc sebelum ini telah mengemukakan senarai nama pemandu bas express kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah tetapi sehingga sekarang tidak ada khabar berita.

Donald berkata selain pemandu pengangkutan awam, pemilik syarikat pengangkutan awam juga terkesan dengan PKP.

Oleh itu, katanya, Seboc berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bantuan kepada pemilik syarikat terbabit yang menurutnya kerugian akibat pelaksanaan PKP.

Beliau berkata Seboc juga sentiasa mengutamakan pematuhan SOP dan keselamatan penumpang yang menaiki bas express di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles