Penduduk Tuaran Diseru Keluar Beramai-Ramai Dapatkan Suntikan Vaksin Covid-19.

KIULU: Penduduk daerah Tuaran, termasuk daerah kecil Kiulu diseru keluar beramai-ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Pegawai daerah Tuaran, Sadan Haji Hussain berkata sokongan masyarakat terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu penting memandangkan setakat ini hanya sekitar tujuh peratus penduduk Tuaran yang telah divaksin.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tuaran berkata pihaknya bersama agensi kerajaan seperti Pejabat penerangan daerah Tuaran, Pejabat kesihatan daerah Tuaran, PDRM dan APM telah mengatur program ‘outreach’ untuk memberikan suntikan vaksin khususnya di kampung-kampung terpencil di daerah itu.

Sadan berkata buat permulaan, program outreach itu diadakan di Kampung Tudan, Kiulu.

Katanya pihaknya mensasarkan sekitar 300 orang penduduk dari kampung Tudan dan kampung sekitarnya untuk menyertai program vaksinasi itu.

Sadan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Outreach Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Dewan Muhibbah Kg Tudan, Kiulu

Sementara itu, Pegawai Kesihatan daerah Tuaran Dr Noraziah Bakri berkata sambutan terhadap program itu amat memberangsangkan.

“Untuk program outreach ini kita akan buat ke kampung-kampung yang sukar untuk mereka keluar untuk untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Katanya program vaksinasi di kawasan terpencil itu adalah sejajar dengan wawasan kerajaan untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat di negara ini, sekali gus membantu membendung penularan Covid-19.

Rata-rata penerima vaksin berterima kasih kepada kerajaan yang memberi peluang kepada penduduk kampung khususnya di luar bandar mendapatkan suntikan vaksin tanpa mengisi MySejahtera.

Penerima vaksin Umus Limun menyifatkan program itu sebagai tepat pada masanya dan wajar disokong semua.

Katanya beliau berterima kasih kepada inisiatif Kementerian Kesihatan yang menurutnya menunjukkan keprihatinan terhadap permasalahan rakyat luar bandar.

Rozita Limanis yang turut menerima vaksin pula berkata beliau gembira kerana dapat menerima suntikan vaksin meskipun belum mendaftar dengan MySejahtera.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles