Pemuda PBS, UPPM Kundasang Agih Bantuan Kepada 500 KIR Dun Kundasang

KUNDASANG: Seramai 500 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang menerima bantuan berupa pelbagai aneka sayur-sayuran.

“Ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Dr Joachim

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PBS Setalie Sarungin berkata, edaran sayur-sayuran itu merupakan peruntukan yang disalurkan kepada Pemuda PBS daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan daripada pembekal sayur, Yamming Taralia.

Bantuan itu diagihkan ke lapan buah kampung dalam DUN berkenaan.

“Lapan kampung yang menerima bantuan ini antaranya, Kampung Togis, Perancangan, Debut Langsat, Takutan, Nalumad, Singgaron, Langsat, Kilanas, dan Kirokot”, katanya.

Sementara itu, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PBS, UPPM serta semua yang terlibat menjayakan program ‘bantuan’ itu.

“Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada Pemuda PBS dan UPPM Kundasang atas usaha murni ini,” kata Dr. Joachim.

“Para JPKK akan mengedarkan sumbangan tersebut kepada KIR di kampung masing-masing.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles