Sabah Beri Kelulusan Sepenuhnya operasi agensi media Semasa PKP

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini memberi kelulusan sepenuhnya kepada semua agensi media massa untuk beroperasi dari semasa ke semasa mengikut keperluan masing-masing.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana peranan media massa penting dalam membantu kerajaan menyampai serta menyebarluaskan maklumat sahih dan terkini kepada rakyat jelata.

“Kelulusan ini diberikan dengan mewajibkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Mengenai sektor perniagaan Masidi berkata, tiada sebarang perubahan ke atas mana-mana SOP yang telah diumumkan pada 31 Mei buat masa ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles