Isu Kerjasama PBS-Warisan Cuba dimanipulasi Untuk Kepentingan Politik – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar ) beranggapan pihak parti pembangkang cuba memanipuliasikan istilah “Kerjasama” yang dinyatakan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum ini sebagai kerjasama politik

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri dari ienterpretasi beliau terhadap soal kerjasama yang dibangkitkan oleh PBS sebelum ini lebih kepada soal kerjasama untuk membangunkan negari meningkatkan ekonomi rakyat yang kini terjejas dengan penularan pandemik korona virus Covid-19 dan lain-lain isu, bukanya kerjasama untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

“ Bukan sahaja PBS, malah kita dalam Gabungan Rakyat sabah (GRS) termasuk Barisan Nasional, Umno dan lain-lain sedia menjalin kerjasamadalam bentuk idea dan pandangan untuk membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat” katanya ketika diminta isu pembentukan kerajaan baharu dimana dikaitkan PBS akan berkerjasama dengan Warisan untuk tujuan tersebut.

Menurut Bung walaupun kerajaan negeri kini ditakbir oleh GRS tidak bermakna kerajaan tidak mendengar pandangan serta cadangan dari parti pembangkang yang boleh membawa kebaikan untuk negeri dan rakyat secara keseluruhanya.

“ Walaupun mereka pembangkang kita tidak menutup pintu untuk mendengar apa juga cadangan atau saranan yang positif untuk kepentingan negeri dan rakyat, kerja mereka (pembangkang) bukan semata-mata membangkang tetapi mereka boleh memberikan input yang baik untuk kebaikan semua pihak dan kita (kerjaan) akan mendengar dan memperhalusi setiap pandangan dan cadangan tersebut, saya fikir ini yang dimaksudkan soal kerjasama bukannya kerjasama membentuk kerajaan baharu ” jelas Bung.

Mengakui beliau tidak tahu menahu soal tersebut sehingga tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata ianya hanya merupakan khabar angin yang cuba dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.

“ Bagi Umno dan Barisan Nasional Sabah kita tenang sahaja selain memberikan tumpuan kepada usaha untuk memajukan negeri ini demi mensejehterakan kehidupan rakyat sebagaimana mandat yang telah mereka berikan kepada kerajaan GRS untuk mentadbir negeri ini” katanya.

Bung menambah tidak mungkin berlaku pertukaran kerajaan baharu kerana sebelum ini telah termetri perjanjian antara gabungan GRS di negeri ini dalam menjaga kestabilan politik demi kemajuan negeri ini.

Menurut Bung kenyataan Presiden PBS Dr Maximus Ongkili berkaitan kesediaan partinya bekerjasama dengan parti pembangkang, khususnya mengenai isu tempatan Sabah, tidak wajar dilihat dalam ruang lingkup sempit.

“Kerjasama itu boleh wujud dalam banyak bentuk dan tidak semestinya bergabung untuk membentuk jajaran parti politik baru apatah lagi menjatuhkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan negeri yang baru,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau juga menyifatkan kontroversi isu ini bukan kerana ia isu politik sebaliknya isu penyebaran berita palsu yang berkait dengan tahap literasi media dalam kalangan rakyat Sabah dan Malaysia secara amnya.

“Saya melihat kenyataan media Maximus mengenai perkara terbabit (sedia bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang) adalah amat jelas tetapi pelbagai spekulasi liar muncul sehingga memesongkan cerita” tambah Bung

Dalam pada itu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya dari parti pembangkang yang sengaja mencipta isu demi kepentingan politik mereka.

“ Seperti saya jelaskan sebelum ini buat masa ini kita tumpukan usaha untuk membangunan negeri bukan masa untuk berpolitik , kita berhadapan dengan pelbagai cabaran soal penularan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah turut menjejaskan kesejehteraan kehidupan rakyat yang perlu kita tangani bersama” tambah Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles