Sambut Aidilfitri Secara Waspada, Covid-19 Masih Membimbangkan – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru rakyat di negara ini agar menyambut Hari Raya tahun ini dengan waspada dan dalam suasana sederhana.

Advertisements

Beliau kerkata situasi Covid-19 di Malaysia masih membimbangkan dan laporan kes harian masih belum menunjukkan penurunan yang memuaskan.

“Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan peringatan untuk diri dan kita semua.

“Kita perlu cekal untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membendung Covid-19,” katanya dalam perutusan yang telah dimuat naik di media sosial sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021.

Menurut Salleh yang juga Adun Usukan harta yang paling bernilai adalah kesabaran manakala “rakan yang paling setia adalah amal dan ibadah yang paling indah adalah keikhlasan”.

“Mesti wajah tidak mampu berjumpa….tangan tidak mampu berjebat semoga. Semoga ucapan ini mampu menjadi jambatan maaf di hari kemenangan ini.

“Dengan rendah hati, saya dan keluarga mengambil kesempatan memohon maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam khususnya yang berada di kawasan Dun Usukan. Semoga kita terus diberi kekuatan dan diberkati kedamaian,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles