Pengumuman Kawasan Premis dibawah HIDE undang keresahan Rakyat – Salleh

KOTA KINABALU: Pengumuman mengenai Kawasan Premis di bawah (Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) telah mengundangkan keresahan di kalangan rakyat.

Advertisements

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini kerana Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaludin menegaskan premis HIDE tidak perlu ditutup, namun kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mengarahkan penutupan Premis HIDE selamat tiga hari berkuatkuasa serta merta.

HIDE merupakan analisis Data Raya dan kecerdasan buatan yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan Covid-19 dalam jangka masa tujuh hari.

Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada.

Bagi Sabah yang juga Adun Usukanv, Salleh berkata: “beliau risau kegagalan komunikasi seperti begini menimbulkan kesusahan kepada peniaga dan rakyat yang merebut peluang ekonomi sedia ada menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berharap kekeliruan itu dapat ditangani dengan segera.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles