PKPD Kampung Dambai, Inanam Tamat Ahad ini

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dambai Inanam dan dua lokaliti di Tawau ditamatkan pada Ahad.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 387 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menamatkan PKPD Kg. Dambai Inanam pada 9 Mei 2021 seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Manakala bagi dua lokaliti di Tawau iaitu Bandar Sri Indah dan Kg. Titingan, KKM telah melaksanakan 1,192 ujian saringan di Bandar Sri Indah dan daripada jumlah itu, sebanyak 52 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Sebanyak 852 ujian saringan telah dilaksanakan di Kg. Titingan dan telah merekodkan sebanyak 58 kes positif.

“KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan di kedua-dua lokaliti ini,” katanya.

Sementara itu, Sabah pada Sabtu mencatatkan 63 kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif 58,796 kes dan satu kes kematian dicatatkan di Sandakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles