PAPAR: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Limbahau menyampaikan sumbangan kepada enam surau yang aktif mengadakan aktiviti keagamaan.
Penyerahan sumbangan berupa wang RM500, buah kurma dan pelitup muka itu disempurnakan PPM Limbahau Datuk Johny Mositun di pejabat UPPM Limbahau.
Enam surau yang menerima sumbangan tersebut ialah Surau Shoutul Jadid Kg.Sapat, Surau Kg.Surati, Surau Al-Mustakim Kg.Nagapas, Surau Hj.Mohd.Yamin Kg.Surapit, Surau Al-Firdaus Kg.Gana dan Surau Al-Hidayah Kg. Kogopon.
Program itu diadakan sempena bulan Ramadan.