Kerajaan Hargai Sumbangan GLC Bantu Golongan Yang Memerlukan – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyeru semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan pelaksanaan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, program CSR merupakan langkah terpuji kerana membantu golongan yang memerlukan, terutama mereka yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19 dan golongan yang terkesan akibat bencana seperti banjir dan kebakaran rumah.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya melalui bantuan seumpana itu ianya dapat meringankan beban kewangan yang mereka tanggung ketika ekonomi negara dan ekonomi rakyat terjejas susulan penularan virus Covid-19.

“Saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan lagi pelaksanaan program berbentuk CSR yang dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan,” Katanya selepas menerima sumbangan bakul makanan dan kewangan sebanyak RM80,000.00 yang disumbangakan oleh Amanah Iktiar Malaysia (AIM) untuk diagih-agihkan kepada golongan asnaf di kawasan Parlimen Kinabatangan di sini pada Jumaat.

Majlis penyampaian tersebut disempurnakan Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin.

Turut hadir pengurus Wilayah AIM Sabah Jahinin Siman dan pegawai pegawai Kanan AIM wilayah Sabah.

Tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dengan adanya sokongan semua pihak terutama GLC di negeri ini akan membantu usaha kerajaan menyalurkan bantuan segeravkepada golongan yang amat memerlukan ketika pandemik Covid-19 masih melanda yang menyaksikan ekonomi rakyat terjejas teruk susulan aktiviti yang menjana pendapatan seharian terkesan kerana terpaksa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan virus Covid-19.

“Kerjasama ini perlu diteruskan dan saya berharap lebih banyak GLC di negeri ini tampil membantu kerajaan untuk meringkan beban rakyat demi kesejahteraan mereka meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Sementara itu, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial koprat AIM kepada rakyat khususnya mereka yang dilanda musibah dan berhadapan dengan cabaran ketika negara masih dilanda virus Covid-19.

“Kita akan meneruskan program ini dimana setakat ini kita telah melaksanakanya di beberapa daerah termasuk Kota Kinabalu, Kota Marudu, Beaufort dan Kuala Penyu,” kata Lajim.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles