Muis Terima RM1.1 Juta Zakat Perniagaan Celcom Timur

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menerima RM1.1 juta zakat perniagaan daripada Celcom Timur (Sabah) Sendirian Berhad, pada Rabu.

Advertisements

Celcom Timur (Sabah) Sendirian Berhad menyumbang hasil kutipan zakat bagi tahun 2020 yang disampaikan oleh Pengerusinya, Ahmad Rizal Dahli.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menyaksikan penyerahan zakat perniagaan berkenaan yang disampaikan kepada Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

Yang turut hadir Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Ahmad Rizal berharap syarikat mereka akan mencapai lebih banyak keuntungan sekali gus lebih banyak zakat dapat dikutip bagi membantu golongan asnaf di negeri ini.

“Kami bersyukur dapat menyumbang (zakat) sebanyak RM1,103,649 untuk tahun ini dan seterusnya pada masa-masa akan datang sebagai memenuhi tanggungjawab kami,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles