Bung tekad Naiktaraf Perkhidmataan Keretapi Sabah, tarik lebih ramai penumpang

Oleh: Jaafar Abd Wahid.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mencari kaedah bagi menarik lebih ramai penumpang menaiki kereta api antara Kota Kinabalu Beaufort dan Tenom

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, sasaran utama adalah menjadikan Perkhidmatan kereta api sebagai alat pengangkutan masuk dan keluar bandar bagi mereka yang tinggal di barat daya dari sini sebagai pilihan utama

Sehubungan dengan Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata Jabatan Keretapi perlu memberikan “tawaran lebih baik” kepada penumpang agar Pengangkutan ini menjadi pilihan utama mereka

” Kita akan mengadakan perbincangan antara Pengarah JKNS dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya bagi meningkatkan kualiti Perkhidmatan Dan kemudahan termasuklah menukar gerabak gerabak baharu yang lebih selesa kepada pengguna ” Katanya ketika ditemui selepas mengagih-agihkan pek berbuka puasa kepada penumpang keretapi yang dalam perjalanan menuju ke distenasi Beaufort Papar Dan sekitarya di sini kemarin.

Hadir sama Pengarah JKNS Leornad Stephen Poyong dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Benedict Asmat.

Menurut Bung sebarang usaha untuk menaik taraf kemudahan di stesen atau kereta api itu sendiri akan menarik lebih banyak orang dan akhirnya membawa kepada aliran lalu lintas jalan raya yang lebih mudah

” Kita sedar sebahagian besar penumpang kereta api pada pukul 5.30 petang atau awal pagi adalah kaki tangan kerajaan dan orang ramai yang berkerja di Kota Kinabalu yang berulang alik setiap Hari Terutama pekerja Hospital Queen Elizabeth yang turun di Putatan Papar dan sepanjang jalan merupakan pengguna tetap Perkhidmatan ini” Katanya

Ketika mengulas program tersebut Bung berkata program tahunan JKNS itu dilihat amat positif dalam melaksanakan tanggungjawab Sosial Korporat tahunan JKNS selain merapatkan hubungan jabatan Dan orang ramai khususnya pengguna.

“Kami berhasrat untuk meringankan beban mereka dan memperkuat hubungan sesama manusia dengan pengguna yang setia dan saya berharap tradisi ini akan berlanjutan”

Related Articles

253FansLike

Latest Articles