Kerajaan komited bangunkan industri kayu

KOTA KINABALU: Kerajaan terus komited membangunkan industri kayu-kayan di negeri ini sama ada untuk pasaran tempatan mahupun global.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, Sabah mempunyai produk berasaskan kayu yang berkualiti yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan secara komersial, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya, untuk itu pengusaha industri kayu-kayan di Sabah sama pengusaha sektor perhutanan mahupun hiliran perlu bekerjasama bagi mengatasi isu yang berkaitan dengan industri ini.

“Saya berharap semua pengusaha sektor perhutanan (upstream) dan industri hiliran perkayuan dapat duduk semeja untuk sama sama menangani isu isu berkaitan perkayuan secara holistik agar dapat mencapai resolusi terbaik demi kepentingan jangka panjang sektor ini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang kayu-kayan di Kimanis, hari ini.

Katanya, tujuan lawatan ialah bagi meninjau dan memahami masalah-masalah operasi kilang dalam sektor perkayuan secara menyeluruh.

Katanya, hasil dari lawatan itu beliau dapat melihat sendiri pelbagai produk kayu kayan termasuk kayu berkualiti tinggi yang dieksport ke luar negara seperti Jerman, Poland, Jepun, Australia, Korea, Hong Kong, Taiwan.

Pada masa sama kata Dr. Joachim, hasil dari lawatan itu beliau turut mengenal pasti beberapa masalah berkaitan dengan industri kayu yang perlu diatasi segera.

Katanya, pihak kementerian telah mengenal pasti masalah operasi yang dikemukan oleh kilang antaranya bekalan kayu tidak mencukupi, kos bahan mentah tinggi, kos perkapalan tinggi (freight chargers), gangguan tenaga elektrik yang kerap, tarif elektrik tinggi dan capaian internet lambat.

“Semua masalah ini menganggu proses kerja dan melemahkan produktiviti kilang dan ia di pandang serius oleh pihak kerajaan,” kata Dr. Joachim.

Sehubungan itu, pihak Kementerian dalam proses menyediakan pelan utama (master plan) bagi industri kayu-kayan di negeri ini.

Antara kilang yang telah dikunjungi beliau ialah NWP Industries Sdn. Bhd., Bidasari Sdn. Bhd. dan Lamitech International Sdn. Bhd.

Pada masa yang sama, Ketua Konservator Hutan Sabah, Frederick Kugan yang hadir bersama dalam lawatan itu berkata, beliau memaklumkan kepada semua bahawa usul pengekspotan balak masih lagi dalam peringkat kajian dan konsultasi dengan semua pihak yang berkepentingan.

“Saya berharap semua pengusaha sektor perhutanan (upstream) dan industri hiliran perkayuan dapat duduk semeja untuk sama sama menangani isu isu berkaitan perkayuan secara holistik agar dapat mencapai resolusi terbaik demi kepentingan jangka panjang sektor ini.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan setiausaha tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Tseu Kei Yue; Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tommie Philip; Presiden Persatuan Industri Kayu-Kayan Sabah (STIA), PJ Tan; Ketua Konservator Hutan Sabah, Frederick Kuga serta pegawai kementerian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles