Hajiji Arah JANS Tubuh Pasukan Petugas Khas Tangani Gangguan Air di Menggatal

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, hari ini, mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menangani masalah gangguan bekalan air di kawasan Sepanggar, Menggatal dengan serta merta.

Advertisements

Beliau turut mengarahkan pasukan petugas khas itu mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa pendek dan panjang, dengan kadar segera, susulan masalah air yang kritikal dihadapi penduduk di kawasan terbabit.

“Tumpuan sekarang adalah untuk mencari jalan segera atau jangka masa pendek untuk menyelesaikan isu air kritikal yang dihadapi penduduk di kawasan Sepanggar.

“Pasukan Petugas Khas ini akan melibatkan pengurusan bagi daerah Tuaran dan Kota Kinabalu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sambil menegaskan isu itu mendapat perhatian kerajaan negeri sepenuhnya, Hajiji berkata ia kerana beliau sendiri menerima aduan masalah bekalan air itu daripada penduduk di kawasan Sepanggar.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan jalan penyelesaian perlu disegerakan. Disebabkan itu saya mengarahkan JANS menubuhkan segera pasuikan petugas khas untuk menangani isu di kawasan yang menghadapi masalah air kritikal di Sepanggar,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles