KOTA KINABALU: Sabah Red Devils (SRD) muncul juara Liga Santai Futsal Hari Keluarga anjuran bersama BMU FC, Kelab Belia Maju Usaha dan BMU Sabah.
Sebanyak tujuh pasukan menyertai liga itu yang diadakan di Futsal Arena Yayasan Sabah pada Ahad.
Pasukan-pasukan itu ialah BMU FC A, BMU FC B, BMU FC C, SRD, Gemukers A, Gemukers B dan Micro FC.
Presiden BMU FC dan Kelab Belia maju usaha
Ninewjo Newmond berkata program itu bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturrahim antara kalangan ahli BMU fc serta pasukan sahabat Sabah Red Devils dan Gemukers.
Selain itu, beliau berkata program itu diharap dapat mencungkil dan mengasah bakat bagi mereka yang menyertainya.
Pengerusi penganjur yang juga
Setiausaha agung BMU FC Dionysia Ginsos yang bertungkus lumus mengatur program tersebut amat menghargai kehadiran semua ahli BMU FC dan penglibatan pasukan sahabat yang lain.