KEADILAN SABAH PERLU TEGAS BILA BUAT KERJASAMA DENGAN PARTI TEMPATAN DI SABAH DALAM ISU CALON TUNGGAL PERDANA MENTERI

Oleh: Raymond Ahuar

Advertisements

Saya mengambil maklum berkenaan keputusan WARISAN untuk tidak lagi berkerjasama dengan Pakatan Harapan secara rasmi.

Perkara ini sudah dijangka sejak awal memandangkan WARISAN mempunyai agenda tersendiri termasuk menjadi proksi Tun Mahathir di Sabah.

Pimpinan KEADILAN cabang-cabang di Sabah sudah lama menolak kerjasama dengan WARISAN namun masih terikat dengan keputusan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Christina Liew yang masih ingin bersama dengan WARISAN.

Pakatan Harapan Sabah akan bermesyuarat pada 12 April ini seterusnya akan membincangkan halatuju kerjasama Pakatan Harapan dengan WARISAN. Pada pandangan saya adalah lebih baik KEADILAN membincangkan perkara ini di peringkat parti sebelum membawa keputusan parti dalam mesyuarat Pakatan Harapan Sabah.

Saya yakin pimpinan Angkatan Muda Keadilan Sabah dan Wanita KEADILAN Sabah menolak sebarang kerjasama dengan parti WARISAN, dan saya berharap Pengerusi KEADILAN Sabah membuat keputusan bijak dan tidak membelakangi pimpinan parti yang lain termasuk sayap Wanita dan Angkatan Muda.

Keputusan Pakatan Harapan yang mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Calon Perdana Menteri sekaligus mengetuai kempen Pilihanraya PRU-15 merupakan isyarat jelas bahawa Pakatan Harapan semakin kukuh dan bersedia untuk bergerak sendiri tanpa parti-parti lain yang tidak jelas hala tuju.

Perlu diingat kepercayaan yang rakyat beri kepada Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu adalah kerajan manifesto dan janji Pakatan Harapan pada ketika itu. Dan ini termasuklah mengangkat Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri.

Perkara ini tidak disenangi sekutu Mahathir iaitu WARISAN dan sebab itu Shafie juga berada dalam pertemuan tertutup sebelah pagi hari berlakunya Langkah Sheraton.

Rakyat bijak untuk menilai pengkhianatan WARISAN dan Pilihanraya Negeri lalu kita menyaksikan tumbangnya kerajaan WARISAN Plus yang dihukum rakyat.

Pakatan Harapan tidak boleh mengambil risiko untuk bersama mereka yang memungkiri dan mengkhianati kepercayaan rakyat. Atau Pakatan Harapan akan menerima hukuman yang sama seperti apa yang dialami WARISAN pada PRN Sabah yang lalu.

*RAYMOND BIN AHUAR*
Ketua AMK Sabah
Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles